Pembantu katering dipenjara, denda langgar kereta polis - Utusan Malaysia

Pembantu katering dipenjara, denda langgar kereta polis

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang pembantu katering dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Rembau hari ini atas pertuduhan melanggar kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) dalam satu rondaan, seminggu lalu.

Majistret, Kartini Kasran membuat keputusan berkenaan selepas tertuduh, Ismail Abd. Rahman, 26, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan kepadanya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menghalang penjawat awam iaitu Koperal Zali Muhamad dan Lans Koperal Zuhaili Hasbullah dengan melanggar kenderan yang dipandu oleh anggota polis tersebut. 

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi, 7 Januari lalu di hadapan Masjid Penajis, Kampung Relong di sini.

Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Roslaili Alias.

Media pada 8 Januari lalu melaporkan seorang lelaki sanggup lari meninggalkan teman wanitanya selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam cubaan menyelamatkan diri dari ditangkap polis di Kampung Relong, Penajis.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN