PADANG BESAR: Terdapat sebilangan pemandu kenderaan dikenal pasti menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dengan membawa pelancong dalam kenderaan persendirian bersempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025.
Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, menerusi Ops Khas Kenderaan dan Premis Pelancongan selama dua hari sekitar Kedah dan Perlis, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 1,038 kenderaan.
Daripada jumlah itu, ujarnya, 331 atau 31 peratus pemilik didapati melanggar pelbagai peraturan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Terdapat juga kesalahan lain dikenal pasti menerusi operasi ini seperti tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), tiada permit edaran antarabangsa (ICP) bagi kenderaan asing, LKM tamat tempoh, tiada insurans kenderaan, tiada insurans kenderaan,” kepada kepada pemberita selepas operasi berkenaan di Bulatan Padang Besar di sini, hari ini.
Operasi yang dijalankan itu memberi penumpuan kepada kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482), khasnya pematuhan Seksyen 5(2), Seksyen 20, Peraturan 6(1)(i)(iii) dan Peraturan 6(1)(d) iaitu menjalankan pakej perniagaan pelancongan tanpa lesen yang sah. – UTUSAN