Pelajar UPM bersihkan Sungai Klang - Utusan Malaysia

Pelajar UPM bersihkan Sungai Klang

PELAJAR UPM yang terlibat Program World Clean Up Day 2.0 bergambar bersama komuniti setempat di Pengkalan Nelayan, Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, Pelabuhan Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 30 orang pelajar Kelab Pembangunan Insaniah (INSAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah kelolaan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) telah menganjurkan Program World Clean Up Day 2.0 di Pengkalan Nelayan, Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Program hasil kerjasama strategik antara UPM, Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM), Selangor Maritime Gateway (SMG) By Landasan Lumayan Sdn. Bhd. dan komuniti setempat telah dianjurkan sebagai inisiatif untuk menjaga dan memelihara kebersihan kawasan Sungai Klang.

Program yang berpaksikan elemen kelestarian alam ini diadakan bagi membantu kawasan Sungai Klang sentiasa bersih dari sampah yang kerap kali memenuhi kawasan tersebut ketika air pasang dan surut.

Sebanyak 120 kilogram sampah berjaya dikumpul hasil aktiviti pembersihan ini.

Program ini juga membuka laluan kepada pelajar UPM untuk mengasah kemahiran insaniah melalui sumbangan signifikan kepada aspek pemuliharaan alam sekitar berpaksikan motto UPM ‘Berilmu Berbakti’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya