Pasir Puteh dilanda banjir

Pasir Puteh dilanda banjir

SEBUAH kereta meredah banjir selepas jalan Pasir Puteh ke Kota Bharu dekat Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan hari ini yang ditenggelami banjir sedalam 0.5 meter.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Hujan lebat sejak semalam menyaksikan beberapa kawasan rendah di jajahan ini mula ditenggelami banjir.

Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 4.30 petang menyaksikan seramai 143 mangsa telah berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Changgai.

Kesemua mangsa itu terdiri daripada sebanyak 42 buah keluarga.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati jalan Pasir Puteh ke Kota Bharu dekat Kampung Bukit Abal, di sini sesak selepas laluan itu ditenggelami air sedalam kira-kira 0.5 meter.

Seorang penduduk, Ismail Awang, 44, berkata, paras sungai di kampung itu meningkat pada pukul 10 pagi selepas hujan lebat berlaku di kebanyakan kawasan di Pasir Puteh.

Menurutnya, setakat ini, masih belum ada penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana situasi banjir kilat masih terkawal.

“Penduduk berharap air yang melimpahi jalan utama itu segera surut kerana hujan sudah mulai reda petang ini berbanding dua hari lalu.

“Banyak kenderaan yang patah balik kerana tidak berani meredah air yang dalam dan deras. Jalan itu sering dinaiki air semasa hujan kerana ia terletak di kawasan rendah,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga, Rozita Abdullah, 40, berkata, perniagaan dia warungnya terjejas apabila ketiadaan pelanggan yang singgah berikutan air melimpahi jalan di Bukit Abal.

“Setakat ini, hujan di kawasan ini sudah berhenti. Jalan utama di Kampung Bukit Abal sering dinaiki air terutamanya apabila hujan lebat yang berterusan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya