Parkir sementara disediakan di HSA - Utusan Malaysia

Parkir sementara disediakan di HSA

ONN HAFIZ Ghazi melakukan gimik pecah tanah tempat letak kenderaan yang akan dibina hadapan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menyediakan hampir 400 petak parkir sementara di kawasan hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini bagi menampung keperluan orang ramai di hospital tersebut.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kawasan parkir sementara yang terletak kira-kira 200 meter dari HSA itu boleh digunakan oleh orang awam seawal hujung bulan ini.

“Bagi fasa pertama, kita akan menyediakan sebanyak 178 petak parkir untuk kegunaan pengguna di HSA, dijangka akan siap akhir bulan ini sebelum sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. 

“Lebih 200 lagi akan dilaksanakan dalam fasa kedua mengikut keperluan dari semasa ke semasa yang melibatkan jumlah keseluruhan tanah melebihi dua hektar, tapi kita tengok sambutan dahulu,” katanya selepas Majlis Gimik Pecah Tanah Tapak Letak Kenderaan HSA, di Jalan Abu Bakar, di sini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor.

Sebelum ini, isu kekurangan petak parkir di HSA banyak kali disuarakan oleh orang awam sehingga ada yang meletakkan kenderaan di bahu jalan dan menyebabkan berlaku kesesakan.

Hospital tertua di Johor itu mempunyai sebanyak 920 lot parkir untuk kegunaan awam dan kakitangan diwartakan di kawasan hospital dan tambahan 320 lot yang tidak diwartakan dan tidak berturap untuk kakitangan.

Dalam pada itu, Onn Hafiz memberitahu, pada peringkat awal ini, orang awam boleh menggunakan parkir berkenaan secara percuma

“Dalam tempoh sebulan, parkir berkenaan akan diberikan secara percuma kemudian akan diserahkan kepada pihak HSA untuk mengendalikannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya