Paras air Sungai Tembeling terus meningkat , penduduk berwaspada ancaman banjir besar - Utusan Malaysia

Paras air Sungai Tembeling terus meningkat , penduduk berwaspada ancaman banjir besar

Air Sungai Tembeling melimpah di kawasan dataran perniagaan Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut hari ini. - FOTO/IHSAN PENDUDUK KAMPUNG BANTAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT : Keadaan air Sungai Tembeling dilaporkan terus meningkat sejak pukul 4 petang ini berikutan hujan lebat dan berlaku ribut petir di Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat sini.

Sumber penduduk Kampung Bantal melaporkan keadaan air semakin meningkat pada pukul 7.30 pagi hari ini dengan bacaan meter Jabatan Pengairan Saliran (JPS) di lokasi di situ, iaitu 107 meter pada aras bahaya dan tren menaik.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan daripada sumber penduduk Kampung Bantal, air Sungai Tembeling mula naik pada bacaan hampir 106 meter sehingga melibatkan banjir memenuhi dataran perniagaan di kampung tersebut pada pukul 9 malam semalam.

Air juga melimpah ke kawasan jeti Kuala Membatu berdekatan kawasan parkir kenderaan penduduk dan pengunjung di Kampung Seberang Bantal sejak pukul 6 petang semalam.

Penduduk Kampung Seberang Bantal, Jamizan Rashid, 46, berkata, pada pukul 4 petang ini, air Sungai Tembeling menunjukkan tren menaik dan arus deras menghanyutkan reba pohon mati dan kayu reput.

“Kenaikan paras air meningkat berikutan percantuman aliran dua batang sungai, iaitu Sungai Sepia dan Sungai Tembeling di kawasan ulu yang ketika ini hujan masih lebat termasuk ribut petir.

“Faktor banjir yang berlaku di negeri Terengganu juga ada kemungkinan air dari sana mengalir masuk ke Sungai Sepia dan Sungai Tembeling yang mana bahagian ulunya bersempadankan negeri tersebut,” katanya di Kampung Bantal kira-kira 130 kilometer dengan bandar Jerantut di sini.

Menurut Jamizan, penduduk Ulu Tembeling berwaspada dengan situasi ini walaupun kejadian banjir sudah menjadi lumrah setiap kali Monsun Timur Laut pada penghujung dan awal tahun.

Pengusaha ikan sangkar, Mohd Zaimi Ali, 59, berkata, dia tidak menyangka banjir muncul kali kedua di kampung tersebut selepas keadaan yang sama pernah dialami pada penghujung Disember tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya