Panggilan terputus  turun 10-74 peratus - Fahmi - Utusan Malaysia

Panggilan terputus  turun 10-74 peratus – Fahmi

Fahmi Fadzil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merekodkan penurunan panggilan terputus untuk setiap rangkaian mudah alih 4G antara 10 hingga 74 peratus.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, data tersebut melibatkan kualiti liputan perkhidmatan suara oleh penyedia perkhidmatan mudah alih CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, Telekom Malaysia.

“SKMM akan terus memantau isu ini sepanjang suku pertama sehingga 31 Mac 2024 dan melaporkan semula kepada saya,”

“SKMM juga memainkan peranan penting untuk bekerjasama dengan pengendali rangkaian mudah alih agar syarikat telekomunikasi di Malaysia yang  sentiasa berusaha menambahbaik kualiti perkhidmatan rangkaian dan liputan,” katanya.

Sebelum itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching yang dibawa menaiki bas dari Bangunan Parlimen ke Kementerian Komunikasi di Putrajaya bagi melihat dan mengalami sendiri kualiti panggilan telefon bimbit.

Bagaimanapun, menurut Fahmi, sepanjang perjalanan 45 minit dari Bangunan Parlimen ke Putrajaya melalui Lebuh Raya Maju Expressway (MeX) tiada gangguan atau panggilan telefon terputus.

“Saya ingin menekankan di sini bahawa ujian yang dibuat ialah Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular dan bukannya panggilan menggunakan internet,” katanya.

Terdahulu Fahmi telah menganjurkan pertemuan antara SKMM dan Digital Nasional Berhad (DNB) bagi membincangkan mengenai masalah panggilan yang kerap terputus dalam rangkaian mudah alih pada 14 Disember 202

“Susulan daripada pertemuan itu, satu bengkel telah dianjurkan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menangani masalah tersebut,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya