Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

SEEKOR harimau belang yang ditemukan muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong berhampiran Bukit Kiwi, Jeli, Kelantan pada Ahad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Sebuah keluarga dikejutkan dengan kemunculan seekor harimau belang atau pak belang semasa melalui Jalan Kuala Balah-Dabong dekat Bukit Kiwi, di sini pada Ahad lalu.

Kejadian itu disedari oleh keluarga berkenaan semasa dalam perjalanan  dari Rantau Panjang untuk pulang ke Seremban, Negeri Sembilan pada pukul 2 petang.

Wan Nor Azizah Wan Ali, 50, berkata, sebaik sahaja melihat kejadian itu sepupunya terus menghubunginya dan memaklumkan perkara tersebut.

Menurutnya, sepupu meminta untuk menghebahkan perkara tersebut supaya pengguna laluan tersebut dan penduduk berhati-hati.

“Dia (sepupu) berbuat demikian kerana saya menetap di Kuala Balah. Saya kemudian membuat naik gambar tersebut di Facebook.

“Selepas itu, sepupu memaklumkan kehadiran pak belang tersebut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wan Nor Azizah memberitahu, ini merupakan kali pertama haiwan tersebut menampakan dirinya di laluan tersebut.

Terdahulu hantaran yang dimuat naik oleh Wan Nor Aizah dikongsi oleh 115 pengguna laman sosial Facebook.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya