PADU Johor berbeza daripada PADU Pusat - Mohd. Hairi - Utusan Malaysia

PADU Johor berbeza daripada PADU Pusat – Mohd. Hairi

ONN HAFIZ GHAZI memotong kek berbentuk burger sambil diperhatikan dari kiri oleh Pengarah Eksekutif Lazy Monday, Datuk Siti Aminah Ahmad, pemilik Lazy Monday Datuk Seri Syamsul Omar dan Mohd. Hairi Mad Shah pada Majlis Perasmian Restoran Lazy Monday di Tebing Bandar Dato' Onn, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sistem Pusat Data Usahawan Johor (PADU) yang beroperasi di negeri ini sejak Januari tahun lalu berbeza dengan Pusat Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, PADU di negeri ini khusus untuk data usahawan yang diuruskan oleh Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) yang diguna bagi menyalurkan bantuan dan keperluan kepada pihak yang layak.

“Sekarang ada sedikit kekeliruan antara sistem PADU di peringkat nasional dan di negeri Johor kerana singkatannya sama. Di peringkat negeri, PADU lebih kepada golongan usahawan untuk dapat maklumat berkaitan bantuan seperti geran, bantuan dan keperluan lain.

“Sistemnya juga tidak sama, sistem PADU Johor diuruskan PUJB, manakala sistem PADU kerajaan Pusat bertujuan untuk membantu ekonomi rakyat. Sistem berbeza, cukup berbeza,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Outlet Lazy Monday di Tebing@Bandar Dato’ Onn, di sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Mohd. Hairi berkata, setakat ini terdapat seramai 40,000 usahawan berdaftar di bawah PADU Johor dengan peruntukan berjumlah RM129 juta telah disalurkan.

“Saya mengalukan seluruh usahawan di negeri ini untuk mendaftarkan diri dalam sistem PADU Johor, seramai yang mungkin agar bantuan dapat disalurkan sebaiknya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan PADU di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

PADU merupakan sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah warganegara dan pemastautin tetap di negara ini bertujuan menyalurkan subsidi kepada kumpulan sasar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya