Orang muda kurang minat tempah baju, suka yang sudah siap

Orang muda kurang minat tempah baju, suka yang sudah siap

FOK Ween menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan di kedainya di pekan Parit, Perak, baru-baru ini. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Selama 40 tahun, Fok Ween, 67, masih terus bertahan dalam perniagaannya sebagai tukang jahit di pekan kecil Parit di Perak.

Fok Ween mengakui permintaan untuk menempah pakaian tidak lagi mendapat sambutan seperti 20 atau 30 tahun lalu terutama daripada golongan muda.

Katanya, keadaan itu menyebabkan di pekan itu hanya tinggal dua kedai jahit pakaian berbanding lebih 10 buah sebelum ini.

“Saya sudah menjalankan perniagaan menjahit di pekan ini selama 40 tahun. Dulu memang banyak tempahan daripada pelanggan Melayu, Cina dan India tapi sekarang semakin kurang terutama orang muda. Mereka lebih gemar membeli pakaian yang sudah siap.

“Orang sekarang juga kurang mahu belajar jahit.

“Pelanggan ada yang datang dari Ipoh. Tempahan kurang sekarang tapi saya tetap meneruskan perniagaan ini demi memenuhi permintaan terutama pelanggan tetap yang masih memilih pakaian tempah,” katanya.

Menurutnya, mesin jahit yang digunakannya juga sudah berusia lebih 30 tahun, namun masih dalam keadaan baik.

Katanya, walaupun Hari Raya Aidilfitri masih jauh dan akan disambut beberapa bulan lagi, namun dia sudah mula menerima tempahan baju raya.

“Saya sudah mula menerima tempahan baju raya. Tempahan baju sepasang upahnya RM130 dan boleh siap dalam tempoh dua minggu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya