Orang Asli jangan salah guna duit BAP beli rokok - Utusan Malaysia

Orang Asli jangan salah guna duit BAP beli rokok

KEMENTERIAN Pendidikan mengingatkan semua sekolah supaya mematuhi garis panduan berkaitan pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Ibu bapa Orang Asli diingatkan supaya tidak menyalahgunakan duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diberikan kerajaan persekutuan kepada anak mereka dengan membeli rokok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, hal ini kerana beliau menerima maklumat ada dalam kalangan ibu bapa Orang Asli menggunakan duit BAP untuk membeli rokok dan barangan keperluan yang tidak penting.

“Jadi saya berharap ibu bapa Orang Asli dapat menggunakan bantuan yang diterima ini dengan sebaiknya untuk membeli peralatan berkaitan persekolahan sahaja,” katanya selepas menyampaikan duit BAP kepada ibu bapa Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis di sini hari ini.

Sementara itu, seorang ibu Maria Seli, 40, dari Kampung Setawar memberitahu, bantuan duit tunai itu amat membantu meringankan bebannya dalam menyediakan kelengkapan sekolah untuk tiga anaknya.

Katanya, hal ini kerana peningkatan harga barangan kelengkapan persekolahan amat membebankan mereka.

“Kami bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Perpaduan kerana duit itu dapat kami gunakan untuk beli keperluan anak-anak seperti baju, kasut dan beg sekolah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya