Noor Farah hilang lebih dua bulan lalu - Utusan Malaysia

Noor Farah hilang lebih dua bulan lalu

NOOR FARAH AMERAH Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 6 November tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumah sejak dua bulan lalu. 

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, laporan kehilangan Noor Farah Amerah Abdullah,16, yang tinggal di No. 20-6 Lorong Bersama, Jalan Junid, di sini dibuat ibunya pada 6 November tahun lalu apabila anaknya tidak pulang ke rumah selepas keluar pada pukul 10 pagi. 

“Pelbagai usaha telah dibuat untuk mencari remaja perempuan berkenaan, termasuk di rumah kawan-kawan dan saudara terdekat. 

“Sejak dilaporkan hilang pukul 10 pagi, kali terakhir remaja berkenaan berhubung dengan ibunya pada hujung bulan Disember tahun lalu ,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.  

Raiz Mukhliz berkata, berdasarkan laporan ibunya, Noor Farah Amerah mempunyai ketinggian 160 sentimeter dengan berat  70 kilogram,  berbadan gempal dan warna kulit agak hitam serta memakai tudung. 

Justeru, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat di mana dia berada boleh menghubungi pegawai penyiasat Balai Polis Muar, Inspektor Abdul Aziz Mat Jaafar menerusi talian 014-5219136.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya