NGO serah memorandum ke Istana Arau

NGO serah memorandum ke Istana Arau

MOHD Nor Izzat Mohd Johari (dua dari kanan) menyerahkan warkah memorandum rakyat kepada wakil Istana Arau bagi menyatakan kebimbangan terhadap pentadbiran kerajaan pada masa kini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Gerakan Suara Rakyat menyerahkan memorandum ke Istana Arau di sini bagi menyatakan kebimbangan terhadap kegagalan pentadbiran kerajaan pada masa kini. 

Penyerahan tersebut dilakukan oleh wakil Gerakan Suara Rakyat, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari kepada wakil Istana Arau sekitar pukul 3.30 petang.

Menurutnya, penyerahan memorandum itu bertujuan menzahirkan penderitaan rakyat berkaitan sosioekonomi negara yang semakin menekan pada masa kini.

“Selain itu, kami mengharapkan agar raja dan sultan di negara ini dapat menilai semula kepimpinan negara di samping melakukan sesuatu demi menyelamatkan masa depan rakyat serta negara,” katanya.

Kira-kira 20 penyokong gerakan berkenaan terdiri daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Kebajikan Amat Sejagat Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hadir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya