Nasib 6 ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar diputuskan malam ini?

Nasib 6 ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar diputuskan malam ini?

Kedudukan enam ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang beralih sokongan akan diputuskan dalam dua minggu lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kedudukan enam ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di pusat beli belah Publika dekat sini, malam ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Penerangan parti, Datuk Razali Idris ketika dihubungi sebentar tadi.

“Kita akan nilai balik kedudukan mereka ni sebab sudah ada agenda pengkhianatan secara jelas selepas ahli Parlimen Tanjong Karang menyokong Perdana Menteri.

“Isu mereka (enam ahli Parlimen) itu adalah salah satu agenda mesyuarat kita malam ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, lima ahli Parlimen Bersatu yang terlebih dahulu mengisytiharkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz; Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Terbaharu, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi turut mengambil langkah  sama pada 24 Januari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya