NADMA mahu anggota SMART kekal di agensi

NADMA mahu anggota SMART kekal di agensi

PASUKAN SMART menjalankan operasi di Gaziantep, Turkiye. - FB NADMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mencadangkan satu mekanisme kepada kerajaan bagi membolehkan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) terus kekal berkhidmat di agensi itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri akan berbincang dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi menyelaras mekanisme itu.

Beliau berkata, mengikut persefahaman antara NADMA dan organisasi asal, anggota SMART perlu kembali kepada perkhidmatan asal mereka selepas lima tahun berkhidmat di agensi itu.

“Bagi tempoh tertentu, mereka harus kembali ke organisasi asal dan ini dipanggil RTO (return to unit). Itu syaratnya.

“Tetapi masalahnya mereka (anggota SMART) yang ada di sini telah dilatih dan berpengalaman. Kalau kita nak ambil anggota baharu, latihan baharu perlu dibuat.

“Orang lama (anggota SMART) itu telah dilatih dan sudah ada pengalaman terutama yang sudah dihantar ke lokasi bencana di luar negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 NADMA di sini, hari ini.

Katanya, beliau berharap satu mekanisme baharu diwujudkan bagi mengekalkan anggota SMART kerana mengikut dasar tertentu, setiap anggota SMART perlu berdepan kenaikan pangkat dan gred.

Ahmad Zahid berkata, apabila mereka dipinjamkan ke NADMA sebagai anggota SMART, maka kenaikan pangkat itu hendaklah juga berlaku.

“Cuma satu masalah, kalau mereka terlalu lama dalam SMART dan usia meningkat maka, prestasi anggota akan menurun. Jadi, kita akan cari kaedah-kaedah sesuai apabila mekanisme itu dimuktamadkan kelak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN