N. Sembilan tidak lagi benarkan pekerja asing tinggal di kawasan kediaman - Utusan Malaysia

N. Sembilan tidak lagi benarkan pekerja asing tinggal di kawasan kediaman

J. Arul Kumar (tengah) ketika melawat CLQ Lodge Residence, Bandar Baru Nilai, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan membuat keputusan untuk tidak membenarkan pekerja warga asing ditempatkan di mana-mana kawasan berstatus kediaman.

Pengerusi Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, sehingga tempoh hujung tahun ini, semua kediaman yang dijadikan sebagai tempat tinggal pekerja asing akan dibuat pemutihan.

Menurutnya, sebelum tempoh itu tamat semua pekerja asing yang ditempatkan di kawasan berstatus kediaman perlu dipindahkan ke kawasan komersial atau Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).

“Kita tidak boleh mengambil tindakan terus dan telahpun memberi masa bermula tahun lepas dan mereka (syarikat) boleh pilih tempat lain atau menempatkan pekerja asing mereka ke CLQ.

“Oleh itu, pembinaan atau pertukaran secara keseluruhan sesuatu bangunan kepada CLQ mengikut syarat-syarat yang ditetapkan adalah digalakkan oleh kerajaan Negeri,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke CLQ Lodge Residence, Bandar Baru Nilai di sini hari ini.

Kata beliau, dengan pelaksanaan tindakan berkenaan, isu yang berpunca daripada pekerja warga asing di kawasan perumahan seperti gangguan dan kebersihan juga dapat diselesaikan.

Selain itu, Arul Kumar memberitahu, CLQ mestilah suatu kawasan yang berpagar dan dapat dikawal serta mempunyai semua kemudahan asas kepada pekerja warga asing.

Sementara itu, beliau berkata, CLQ Lodge Residence berkenaan mempunyai hampir 1.000 unit bilik dan boleh menempatkan seramai 3,500 orang pekerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya