N. Sembilan sambut baik tawaran KBS perbaiki saliran, rumput padang - Utusan Malaysia

N. Sembilan sambut baik tawaran KBS perbaiki saliran, rumput padang

AMINUDDIN Harun (dua dari kanan) pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik tawaran geran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menaik taraf sistem saliran dan penanaman rumput di stadium negeri-negeri sebagai persediaan menghadapi musim baharu bola sepak Liga Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara tersebut turut dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan yang scara dasarnya bersetuju dengan tawaran tersebut.

Bagaimanapun beliau berkata, tawaran berkenaan akan dipertimbangkan sebaiknya termasuk bagi melihat keperluan sebenar.

“Kos penyelenggaraan padang kira-kira RM300,000 setahun jika kita ganti padang, ini jumlah besar yang perlu ditanggung oleh kerajaan negeri, stadium hanya digunakan untuk bola sepak berbanding di Bukit Jalil banyak program boleh digunakan, ini berbeza di negeri, ini kekangan yang dihadapi.

“Tadi juga dibincangkan dan kami pada dasarnya apabila menerima tawaran tersebut bersetuju, jadi kami rasa akan pertimbangkan dan akan lihat keperluan sebenar,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, pihaknya menawarkan pemberian geran berjumlah RM7 juta kepada setiap negeri bagi menaik taraf sistem saliran dan penanaman rumput sebagai persediaan menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

Beliau berkata, perkara itu menjadi keutamaan setelah perubahan jadual Liga Malaysia dan pasukan akan bermain ketika musim hujan.

Menurutnya, dengan pemberian geran sebanyak RM500,000 kepada setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan akan membantu pasukan menyediakan venue yang lebih baik dan tidak mengganggu perjalanan liga disebabkan padang banjir.Jelasnya, daripada jumlah itu RM300,000 adalah untuk naik taraf saliran dan selebihnya untuk geran penanaman rumput yang dibayar kepada negeri. 

Hannah Yeoh menambah, setiap negeri yang mengambil pemberian geran itu perlu menunjukkan komitmen dan mampu melakukan penambahbaikan itu sebelum Liga Malaysia 2024-2025 bermula.

Katanya, setiap negeri yang mengambil geran itu, pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbesar hati untuk mengurniakan sumbangan berjumlah RM300,000 kepada setiap pasukan bagi menampung kos penyelenggaraannya.

Sebelum ini, dilaporkan kerajaan Negeri Sembilan membuat keputusan untuk kekal menggunakan jenis rumput sedia ada di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini meskipun mendapat tawaran daripada KBS bagi menukar dengan rumput jenis Zeon Zoysia.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Mustapha Nagoor berkata, keputusan tersebut mengambil kira kos penyelenggaraan yang perlu ditanggung sekiranya kerajaan negeri menerima tawaran tersebut.

Sementara itu, Aminuddin berkata, kerja-kerja menaik taraf sememangnya sedang dilaksanakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi iaitu melibatkan bangku tempat duduk penonton.

Bagaimanapun, jelasnya, terdapat sedikit masalah di peringkat pembekal yang menyebabkan jadual projek sedikit lewat namun yakin ia boleh disiapkan pada bulan Mei tahun ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya