Muhammad Adham hilang lepas solat Jumaat - Utusan Malaysia

Muhammad Adham hilang lepas solat Jumaat

MUHAMMAD ADHAM HAFIZ Abdullah dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Orang ramai diminta membantu mengesan seorang pelajar madrasah, Muhammad Adham Hafiz Abdullah, 15, yang hilang selepas menunaikan solat Jumaat, baru-baru ini.

Muhammad Adham merupakan pelajar Madrasah Al-Quran Al-Fatah, Parit Archong,  Benut, diekat sini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Mohammad Shofee Tayib berharap orang ramai yang mengenali Muhammad Adham boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Farida Hassan di Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Pontian menerusi talian 013-7311232 atau hotline IPD Pontian ( 07-6869999 ) atau mana-mana balis polis berhampiran,” katanya.

Katanya, alamat rumah Muhammad Adham adalah di PPR Melana Indah, Jalan Sutera Ros, Taman Perling, Johor Bahru.

Sementara itu, emak saudara Muhammad Adham, Siti Farhana Md. Riduan, 37, berkata, anak saudaranya merupakan orang kurang upaya ( OKU ) lembam  pembelajaran.

Dia yang menghantar Muhammad Adham dan adiknya,  Muhammad Arfan Danies, 8, pada tahun lalu ke madrasah tersebut bagi memberikan peluang mereka  mempelajari ilmu agama.

 

Menurut Siti  Farhana, Muhammad Adham merupakan anak sulung daripada enam beradik yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan.

Emak Muhammad Adham, Siti Farahain, 34, adalah adiknya dan kini dalam proses penceraian dengan suaminya.

Siti Farhana berkata, anak saudaranya itu memang kurang bercakap dan pernah hilang sebelum ini dan dijumpai menyorok di bawah jambatan.

Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai terutamanya di kawasan Benut, Parit Betak,  Rengit dan sekitarnya supaya menghubungi pihak Madrasah Al-Quran Al-Fatah atau Balai Polis Benut dengan segera jika menemukan anak saudaranya itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya