Muda gagal rujuk undang-undang

Muda gagal rujuk undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) gagal dalam permohonannya untuk merujuk beberapa persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan berkait siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Hakim Mahkamah Ti­nggi di sini, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid memutuskan untuk menolak permohonan tersebut selepas mendapati ia tidak mempunyai merit di sisi undang-undang.

Mahkamah turut mendapati persoalan-persoalan yang ingin dirujuk ke Mahkamah Persekutuan menjadi akademik kerana persoalan serupa diputuskan dalam beberapa kes lain termasuk membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mahkamah ini mendapati bahawa peruntukan Seksyen 84 (Akta Mahkamah Kehakiman 1964) tidak boleh digunakan untuk melayan persoalan undang-undang yang telah akademik,” kata Hakim Ahmad Kamal ketika membaca penghakiman ringkas­nya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN