MSU promosi enam mercu tanda bandar Kajang - Utusan Malaysia

MSU promosi enam mercu tanda bandar Kajang

Sebahagian pelajar Management and Science University (MSU) menyertai program “MSU Heritage Walk Series-Kajang Heritage Walk'' di Kajang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Management and Science University (MSU) melancarkan program “MSU Heritage Walk Series-Kajang Heritage Walk” bagi mempromosikan keunikan enam mercu tanda utama di bandar Kajang hari ini

Program tersebut dianjurkan bermatlamat menerapkan kesedaran budaya serta mempromosikan keunikan enam mercu tanda iaitu Stadium Kajang, Shen Sze Yar Temple, Lorong Sejarah, Kajang Heritage Centre, Kedai Runcit Kwong Sah Woh serta Pejabat Pos Kajang kepada kalangan pelajar dan masyarakat.

Turut menyertai program itu Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid, Timbalan Yang Dipertua MPKJ, Mohd Fareez Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Dekan Hospitaliti dan Seni Kreatif, Azizul Jamaludin dan sekumpulan pelajar.

Dalam program sama, MSU turut melakukan gimik penyerahan replika cek RM10,000 kepada Yayasan MSU untuk disalurkan kepada pertubuhan Gaza Humanity Aids.

Program berbentuk bimbingan ini bermatlamat menerapkan kemahiran pelajar dari segi pembangunan diri dan mengetengahkan kepentingan sejarah kepada generasi muda.

Pada masa sama, program ini turut bermatlamat untuk menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) khususnya SDG3, Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik; SDG4, Pendidikan Berkualiti; SDG 11, Kelestarian Bandar dan Komuniti dan SDG17 dan Kerjasama untuk Matlamat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN