MPKu lancar TikTok, perkasa platform dekati masyarakat - Utusan Malaysia

MPKu lancar TikTok, perkasa platform dekati masyarakat

MOHD. FAHMI Salam (tengah) bersama-sama sebahagian Ahli Majlis MPKu menunjukkan akuan TikTok yang baharu dilancarkan di MPKu, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) melancarkan akaun TikTok rasminya dalam usaha meningkatkan lagi tahap komunikasi dua hala dengan masyarakat.

Yang Dipertua MPKu, Mohd. Fahmi Salam berkata, akaun atas nama Majlis Perbandaran Kulai atau mpku_official itu diaktifkan secara rasmi bermula hari ini.

Platform berkenaan bertujuan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada 333,000 penduduk di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

“Sebagai sebuah agensi yang dekat dengan penduduk, kita mahu komunikasi lebih baik dan rapat dengan mereka. Platform media sosial adalah platform terbaik untuk tujuan tersebut.

“Sebelum ini platform media sosial yang digunakan adalah Facebook, tetapi bermula hari ini, kita telah menambah satu lagi akaun media sosial, iaitu TikTok. Kami berharap menerusi platform ini lebih banyak ‘engagement’ akan dapat dibuat bersama komuniti setempat,” katanya selepas melancarkan aplikasi tersebut di Dewan Persidangan MPKu, di sini hari ini.

Mohd. Fahmi berkata, pihaknya menyasarkan seramai mungkin masyarakat setempat untuk mengikuti akaun rasmi tersebut bagi mendapatkan pelbagai maklumat tentang PBT berkenaan.

“Menerusi akaun ini, kita bukan sahaja akan melakukan hebahan-hebahan berkaitan, tetapi turut meuar-uarkan aktiviti yang dilakukan MPKu, malah admin juga akan berkomunikasi secara dua hala sekiranya terdapat keperluan.

Beliau turut memberitahu, pihaknya komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan penduduk Kulai pada masa depan, antaranya kemudahan menjalankan perniagaan,  pembayaran cukai, aspek keselamatan dengan penambahan 300 kamera litar tertutup (CCTV) dan menerusi pelan hijau MPKu.

“MPKu bersama-sama dengan PBT bertaraf bandar raya yang dimasukkan dalam inisiatif Greater JB dan kawasan wilayah Iskandar Malaysia. Jadi, kami mempunyai hasrat memastikan limpahan manfaat daripada kesemua inisiatif itu turut dirasakan penduduk daerah ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya