Mohon peminat Senario doakan Hamdan - Azlee - Utusan Malaysia

Mohon peminat Senario doakan Hamdan – Azlee

hamdan senario
HAMDAN RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Anggota Kumpulan Senario tidak memgetahui bahawa rakan mereka, Hamdan Ramli, 54, mempunyai penyakit sebelum pelawak itu terpaksa ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Azlee Jaafar, 54, memberitahu, mereka terperanjat apabila dimaklumkan oleh ahli keluarga Hamdan bahawa dia demam di bilik hotel penginapan.

Justeru, Azlee memohon semua peminat mendoakan supaya Hamdan kembali pulih dan dapat menghiburkan orang ramai seperti biasa.

“Kami ada  pertunjukan di Johor Bahru, program berhibur sambil beramal bagi membantu artis-artis veteran yang sakit seperti Mat Sentol. Ketika Hamdan tiba 30 Disember lalu, dia masih kelihatan sihat dan ceria, kami makan malam bersama-sama.

“Tetapi keesokan paginya, ahli keluarga memaklumkan dia  tidak berapa sihat. Jadi, kami nasihatkan agar jangan datang ‘rehearsal’ dan berehat sahaja.

“Namun, pada pukul 5 petang, kami dimaklumkan oleh isterinya bahawa Hamdan dimasukkan ke hospital dan keadaannya kritikal. Kami bagaimanapun terpaksa meneruskan persembahan dan datang melawatnya hari ini,” katanya ketika ditemui di pekarangan HSA, di sini hari ini.

Azlee berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka menyambut ulang tahun ke-27 kumpulan itu, semalam.

“Tahun ini kami merancang membuat penggambaran filem Senario Legend termasuk Lan Pet Pet. Perkhabaran Hamdan ditidurkan adalah perkara yang sedih sekali bagi kami. Ini semua ujian, kami hanya mampu berdoa dan berharap rakyat Malaysia khususnya peminat Kumpulan Senario untuk berdoa agar ada keajaiban dan dia kembali sihat seperti biasa,” katanya.

Selain Azlee, turut melawat Hamdan ialau Pak Ya, Apek, Wahid dan Yasin.

Sementara itu, Pak Ya atau nama sebenarnya Illya Buang, 45, pula memberitahu, kemungkinan Hamdan berasa penat setelah mengharungi perjalanan agak lama.

“Hamdan sekeluarga dari Ipoh, Perak sebelum ke Jenjarum di Selangor untuk menghantar anaknya, kemudian baharu mereka bergerak ke Johor Bahru. Perjalanan selama 12 jam dari Ipoh ke Johor Bahru sangat panjang dengan jalan yang sesak ketika itu. 

“Keluarga Hamdan juga tiada saudara mara di Johor. Jadi, mereka mengharapkan kami. Saya juga harap ada pihak yang sudi membantu memudahkan urusan keluarga Hamdan di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya