Mohamad Hatta dilantik Ketua Polis Seremban - Utusan Malaysia

Mohamad Hatta dilantik Ketua Polis Seremban

AHMAD Dzaffir Mohd. Yussof (tengah) menyaksikan serah terima tugas di antara Arifai (kiri) dan Mohamad Hatta (kanan) di IPD Seremban, Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas Pengarah Keselamatan, Universiti Malaya, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Seremban yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Asisten Komisioner Arifai Tarawe akan memikul tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Bahagian Integriti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini dengan disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof.

Ahmad Dzaffir berkata, beliau merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada Arifai yang banyak menyumbang bakti selama menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Seremban. 

“Dengan kebolehan yang dimiliki sebagai Ketua Polis Daerah Gombak sebelum ini, beliau mampu melaksanakan tugas dengan baik di bandar besar ini dan di bahagian lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Seremban baharu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Hatta berkata, dia akan mendukung hasrat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain untuk memperkasakan integriti dalam kalangan pasukan selain mendekatkan pasukan dengan masyarakat melalui Kepolisan Komuniti. 

Beliau juga mahu menjadikan IPD Seremban dengan persekitaran yang lebih eksklusif supaya lebih mesra dengan komuniti setempat dalam usaha mencapai perkhidmatan penyampaian yang baik.

Menerusi pengalaman kira-kira 37 tahun dalam pasukan polis dengan 24 tahun daripadanya dalam bidang jenayah, beliau turut berhasrat untuk menurunkan indeks jenayah di daerah tersebut.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya