Mindef, IIM meterai MoU bendung salah guna kuasa

Mindef, IIM meterai MoU bendung salah guna kuasa

MOHAMED Khaled Nordin (tengah) menyaksikan pertukaran MoU antara Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak (dua kiri) dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Nor Yahati Awang (kanan) di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini. Turut serta Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari (kiri) dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman (dua kanan). -UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan (Mindef) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai tanda sokongan bagi mewujudkan tadbir urus yang baik.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, MoU itu juga merangkumi kerjasama melalui program-program kesedaran, advokasi, penyelidikan dan pengukuhan mengenai dasar, nilai integriti, tata kelola dan antirasuah dalam sektor awam juga sektor korporat.

“Dalam hubungan ini, kita tidak boleh berkompromi dengan kelemahan yang sering dikaitkan dengan tadbir urus seperti penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran wang haram,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Amanat Tahun Baharu Menteri Pertahanan 2024 di Wisma Pertahanan di sini, hari ini..

Menurut beliau, perkara ini haruslah dilaporkan segera supaya tindakan yang tepat dapat diambil seterusnya mengenakan hukuman setimpal kepada pelaku.

Dalam pada itu, pemeteraian MoU itu turut melibatkan sektor awam dan sektor korporat, yang menjadikan kementerian sebagai ahli kepada Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).

“Satu lagi perkara yang saya ingin tekankan di kementerian supaya kita sentiasa mendukung amalan tadbir urus yang terbaik.

“Jadi, pada hari ini Mindef akan melaksanakan program CISM dalam merencanakan tadbir urus terbaik di kementerian dan juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” ujarnya

Terdahulu, majlis itu menyaksikan pelancaran imej korporat baharu bagi Mindef.

Reka bentuk tersebut melambangkan Mindef sebagai kementerian yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai sepunya seperti integriti, cekap dan profesional dalam melaksanakan tanggungjawab diberikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya