MetMalaysia: Amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor  - Utusan Malaysia

MetMalaysia: Amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap buruk pagi tadi hingga Ahad ini melibatkan beberapa daerah di Pahang dan Johor. 

Amaran tersebut menyebabkan keadaan banjir di kedua-dua  negeri tersebut lambat untuk surut. Perkara itu dimaklumkan MetMalaysia melalui laman X. 

Hujan lebat  tersebut dijangka akan melanda sekitar   Rompin di  Pahang manakala di Johor membabitkan  Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Selain itu, hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di Pekan, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga tempoh sama.

Pada masa sama, hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di beberapa daerah di Sarawak.

Ia melibatkan beberapa kawasan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya