Menteri, 30 pengamal media uji capaian telekomunikasi - Utusan Malaysia

Menteri, 30 pengamal media uji capaian telekomunikasi

Fahmi Fadzil bergambar bersama rombongannya sebelum menyertai Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) dari Parlimen menuju ke Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masalah panggilan telefon bimbit tiba-tiba terputus  mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang melaksanakan Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) hari ini.

Ujian itu untuk mengetahui tahap capaian rangkaian yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi di negara ini sekali gus menyelesaikan rungutan orang ramai.

Turut menyertai ujian tersebut, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching yang dibawa menaiki bas dari Bangunan Parlimen ke Kementerian Komunikasi di Putrajaya bagi melihat dan meneliti sendiri kualiti panggilan telefon bimbit.

Fahmi  berkata, ujian ini akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai SKMM yang terlatih dengan menggunakan peralatan khas pengujian Nemo Walker Air.

Katanya, terdapat dua set Nemo Walker Air akan digunakan untuk dua jenis ujian, iaitu panggilan berturutan (repetitive calls) dan panggilan berterusan (continuous calls) dan Yes (YTL Communication).

Kira-kira 30 pengamal media turut dibawa menaiki bas berasingan dan diberi taklimat berhubung ujian berkenaan oleh pegawai SKMM.

Perjalanan bas dari Parlimen ke Putrajaya mengambil masa 45 minit selepas bertolak pad apukul 2.30 petang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya