MBS wujudkan bahagian pengurusan cawangan Nilai, urus fasiliti lebih efektif - Utusan Malaysia

MBS wujudkan bahagian pengurusan cawangan Nilai, urus fasiliti lebih efektif

MASRI Razali meninjau keadaan kaunter baharu yang telah dinaik taraf selepas merasmikan Kaunter MBS Cawangan Nilai, hari ini.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bahagian Pengurusan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Cawangan Nilai diwujudkan mulai tahun ini yang akan bertindak memastikan segala urusan daripada segi fasiliti serta kemudahan sekitar dapat diuruskan dengan lebih efektif. 

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, sebelum ini bahagian pengurusan membabitkan MBS Cawangan Nilai diuruskan di pejabat MBS di Seremban bagaimanapun bermula tahun ini, pihaknya mewujudkan pengurusan berbeza. 

“Dengan langkah yang diambil ini, segala urusan contohnya yang membabitkan segala keperluan serta fasiliti dapat diuruskan dengan lebih cepat dan efektif selepas ini selain masalah-masalah berkaitan dengan premis atau bangunan yang ditinggalkan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kaunter Cawangan Nilai di MBS Cawangan Nilai di sini. 

Sementara itu, katanya, kaunter di pejabat Cawangan Nilai itu dinaik taraf bagi memenuhi keperluan semasa yang lebih selesa dan mesra kepada pelanggan selain mementingkan aspek ergonomik terutama kepada petugas kaunter dan pelanggan. 

“Kerja-kerja menaik taraf dan ubah suai kaunter ini juga bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih vibrant dan lebih baik kepada pelanggan melalui reka bentuk yang segar dan baharu,” katanya.

Jelasnya lagi, kaunter baharu ini direka bentuk sama dengan kaunter di MBS di Forest Heights di sini termasuk daripada segi warna, bahan dan fungsi kaunter bagi menekankan keseragaman di bawah pentadbiran MBS.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya