MBS turunkan 300 papan iklan haram

MBS turunkan 300 papan iklan haram

PEGAWAI penguat kuasa MBS memantau kerja-kerja penurunan papan iklan haram di Taman Semarak, Nilai, Seremban baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lebih 300 papan iklan haram yang dipasang di sepanjang lebuh raya di daerah ini  diturunkan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sepanjang tahun lepas hingga kini.

Datuk Bandar, Datuk Masri Razali berkata, kesemua papan iklan haram itu dikenakan tindakan kerana tidak mempunyai lesen dan permit oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Semua pengiklan telah diberikan notis supaya mengambil lesen atau menurunkan iklan haram tersebut, namun tidak diendahkan. 

“Oleh kerana ia masih gagal dipatuhi, tindakan penguatkuasaan dengan menurunkan iklan berkenaan telah dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya