Mayat Muhammad Amirul ditemukan selepas 33 jam - Utusan Malaysia

Mayat Muhammad Amirul ditemukan selepas 33 jam

ANGGOTA bomba mengangkat mayat Muhammad Amirul Muzamil yang ditemukan pada pukul 6.15 pagi di Sungai Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Mayat Muhammad Amirul  Muzamil, 25, yang terjatuh ke dalam Sungai Benut malam kelmarin ditemukan selepas lebih 33 jam operasi mencari dan menyelamat  (SAR) dijalankan.

Mayat yang masih berpakaian lengkap ditemukan tidak  jauh dari lokasi mangsa jatuh oleh anggota bomba dan penyelamat membuat pencarian di kawasan tersebut kira-kira pukul 6.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad  Shofee Tayib berkata, mayat mangsa ditemukan  di permukaan air, kira-kira lima meter dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dikenali menerusi pengecaman oleh kakak kandungnya, Nurashikin Muzamil. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, dengan penemuan mayat mangsa, operasi SAR yang bermula semalam dihentikan pada pukul 8.30 pagi.

Sementara itu, ibu mangsa, Ramlah Hashim, 71, mengakui masih  terperanjat dengan kehilangan anak bongsunya itu, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

“Mak cik reda dengan kejadian yang menimpa anak bongsu, tapi saya bersyukur mayatnya ditemukan pada pagi tadi,” katanya katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pontian.

Jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Semerah selepas urusan bedah siasat selesai dijalankan.

Semalam media melaporkan dua pemancing terjatuh ke dalam Sungai Benut berhampiran sebuah medan selera kira-kira pukul 9 malam, salah seorang berjaya  diselamatkan oleh orang awam, manakala Muhammad Amirul gagal diselamatkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya