Maut ditimpa pokok ditebang sendiri

Maut ditimpa pokok ditebang sendiri

MOHD. Hamidi Usop yang ditimpa pokok ditebangnya dipangku rakannya sebelum dibawa ke Hospital Daerah Baling, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang lelaki meninggal dunia ditimpa pokok yang ditebangnya di Kampung Teluk Temelah, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Mohd Hamidi Usop, 42, dari Kampung Bukit Kuala Kuang, Kupang, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Daerah Baling (HDB).

“Ketika kejadian, mangsa dan rakannya, Mohamad Yusrizam Mohd. Yusof, 26, bersama dua lagi rakan sedang melakukan kerja-kerja menebang pokok di dalam kawasan hutan.”

“Mohamad Yusrizam ada memanggil mangsa tetapi tidak dijawab dan hanya mendengar bunyi enjin gergaji rantai lalu bergerak ke arah tempat mangsa menebang pokok,” katanya ketika dihubungi.

Ketika sampai, dia melihat mangsa terbaring ditimpa pokok dan membawanya ke HDB.

Doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan (BID) dan punca kematiannya disebabkan oleh blunt force trauma to the spine. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya