Masjid boleh digunakan untuk PPS - Utusan Malaysia

Masjid boleh digunakan untuk PPS

MASRIFAH MOHAMMAD (kanan) ketika ditemui Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid (dua dari kanan) di pusat pemindahan sementara PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Kuari di Ayer Hitam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Masjid dan Surau di dalam negeri Johor boleh digunakan untuk dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya keadaan memerlukan.

Sepanjang tempoh hingga hari ini selepas kejadian banjir melanda, hanya satu masjid iaitu Masjid Kampung Tengah Renggam telah dijadikan PPS yang menempatkan 97 penduduk daripada 40 keluarga namun sudah ditutup pada 9 Januari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Mohd Fared Mohd Khalid, berkata, kebenaran penggunaan masjid sebagai tempat untuk menempatkan mangsa tidak pernah ditarik balik sejak bercana banjir besar berlaku pada bulan Mac 2023 lalu.

Katanya, tatacara penyediaan makanan serta penggunaan duit tabung masjid untuk perbelanjaan awal juga tetap seperti ketetapan yang diguna pakai tahun lepas.

“Alhamdulilah, setakat hingga sekarang keadaan banjir semakin pulih dan tidak memungkinkan penggunaan masjid seperti tahun lepas.

“Bagaimana pun, sekiranya berlaku diluar jangka dan memerlukan masjid untuk dijadikan PPS, ia tidak menjadi kesalahan dan dibenarkan,” katanya ketika menyampaikan bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Kuari di Ayer Hitam petang semalam.

Menurut Mohd Fared, Jawatankuasa masjid dibenarkan menyediakan makanan pada hari pertama mangsa memasuki PPS sebelum diserahkan kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) untuk urusan selanjutnya.

Sementara itu, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsul Bari Jemali berkata, tindakan praoktif semua agensi dan kepimpinan kampung terlibat dalam mengendalikan pengurusan PPS amat cekap dan lancar.

Ujarnya, semua ini berlaku atas pengalaman sebelum ini sehingga boleh diguna pakai oleh semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana di kawasan Semarang ini.

“Di pihak DUN Semarang, kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk memastikan semua mangsa diberikan khidmat terbaik ketika berada di PPS ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya