TAPAH: Sejak enam tahun lalu, Masjid Al Hidayah, Batu 3, Temoh di sini, melaksanakan dua program bagi meraih pahala dan sebagai wadah mendekatkan umat Islam mengunjungi rumah ibadat itu. Dua program itu ialah sebagai hentian bagi musafir untuk menunaikan solat selain menikmati makanan dan minuman yang disediakan secara percuma oleh pengurusan masjid. Selain itu, masjid ini turut menguruskan setiap aspek pengurusan jenazah bermula dari pengambilan jenazah di hospital, urusan mandi, mengkafankan, solat, tahlil sehingga urusan pengkebumian secara percuma yang memanfaatkan kira-kira 2,000 kariah sekitar. Pengerusi masjid, Abdul Aziz Abd. Rahman,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya