Markas 7 Briged bantu bersihkan rumah mangsa banjir

Markas 7 Briged bantu bersihkan rumah mangsa banjir

MOHAMED Khaled Nordin (dua dari kiri) melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gembut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kementerian Pertahanan menggerakkan Markas 7 Briged Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Johor untuk penugasan dalam tempoh proses pascabanjir. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, aset ATM juga digerakkan bersama-sama terutama untuk membantu proses pemulihan. 

“(Aset) akan ada dan bersama-sama membantu kerja-kerja pembersihan. Di setiap briged itu  memang sudah ada kawasan-kawasan yang ditentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gembut, Tanjung Sedili di sini, hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, beliau turut mengalu-alukan badan sukarela untuk bersama-sama menyertai kerja pembersihan susulan banjir yang berlaku.

Menurutnya pihaknya amat menggalakkan badan-badan sukarela untuk datang bukan sahaja membantu membersihkan kawasan, namun membantu mangsa balik ke rumah masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya