Mansuh pencen: Ramai pilih sektor swasta, penjawat awam akan kurang - Utusan Malaysia

Mansuh pencen: Ramai pilih sektor swasta, penjawat awam akan kurang

Keputusan kerajaan memansukan skim pencen dijangka menyebabkan kakitangan awam akan merosot dalam tempoh 10 tahun lagi. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah penjawat awam bakal berkurangan dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya kerajaan memansuhkan skim saraan dan digantikan dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, situasi masa akan datang tidak boleh dibayangkan jika kakitangan kerajaan menyusut khususnya melibatkan dalam kalangan petugas barisan hadapan.

“Contohnya Kementerian Pendidikan mempunyai kira-kira 503,000 kakitangan terutama guru yang sentiasa berkorban demi anak bangsa tetapi bayangkan akan berlaku kekurangan  bagi tempoh 10 tahun mendatang kerana tawaran kontrak dan tidak berpencen.

“Kementerian Kesihatan yang mempunyai kira-kira 250,000 kakitangan awamnya, akan pasti menyusut bilangannya kerana bakal pembantu perubatan, bakal jururawat, bakal ahli farmasi dan xray serta bakal doktor lebih bersedia berkhidmat di klinik dan hospital swasta serta di luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Beliau berkata, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi KWSP.

Mengulas lanjut, Razali berkata, Perikatan Nasional (PN) bersedia mengambil tanggungjawab untuk bersama kira-kira semua penjawat awam termasuk anggota keselamatan dan pertahanan menjadikan isu ini sebagai agenda nasional yang perlu dipertahankan secara bersama.

Katanya, periuk nasi penjawat awam telah terusik akibat keputusan Kabinet yang memikirkan keuntungan ke atas permasalahan ekonomi oleh Kerajaan Perpaduan yang gagal mengatasi dalam tempoh setahun lalu.

“Kalau sudah berkontrak dan tidak berpencen, lebih baik bekerja dalam sektor swasta yang jauh lebih baik.

“Apa sebenarnya arahan atau hala tuju Kerajaan Perpaduan yang semakin menipis tindak tanduk dalam keputusan yang besar ini?,” soal beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya