Mansuh pencen ahli politik, naikkan gaji penjawat awam - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Mansuh pencen ahli politik, naikkan gaji penjawat awam – Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa untuk menghapuskan pencen wakil rakyat dan menteri terlebih dahulu serta menaikkan gaji penjawat awam yang sudah lama ditangguhkan sebelum mengambil keputusan untuk memansuhkan pencen ke atas penjawat awam lantikan baharu.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, gaji kakitangan awam sudah lebih 10 tahun tidak dikaji semula sejak 2013, sedangkan turut terbeban dengan kekangan kewangan.

Menurut beliau, penjawat awam merupakan barisan hadapan negara yang tidak hanya perlu diraikan apabila musim pilihan raya, ketika berjaya menyelamatkan rakyat semasa musim Covid-19, namun dilupakan selepas selesai.

“Menteri dapat menerima dua tiga pencen, peringkat Persekutuan, negeri dan ratusan ribu elaun tahunan. Siap ada jawatan dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan). Itu pun pencen kekal, walhal baru masuk pejabat.

“Tetapi penjawat awam yang hanya bergajikan RM1,500, bekerja pagi dan malam, duduk dalam kuarters yang daif, bekerja puluhan tahun, dinafikan pula pencen. Adil atau tidak?” soalnya menerusi video yang dimuat naik di Facebook, malam tadi.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, penjawat awam lantikan baharu tidak lagi menerima pencen sebaliknya mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Beliau berkata, langkah tersebut bagi meringankan beban kewangan kerajaan dengan mengurangkan bayaran pencen yang dijangka mencecah RM120 bilion pada 2040 tanpa sebarang perubahan kepada sistem.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN