Mangsa kedua runtuhan tanah dijumpai - Utusan Malaysia

Mangsa kedua runtuhan tanah dijumpai

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat membawa keluar mayat mangsa kedua kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, di Cameron Highlands hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Mangsa kedua yang tertimbus dalam runtuhan tanah di Kampung Batu 59, Kampung Raja di sini awal pagi tadi, berjaya dijumpai pada pukul 12.05 tengah hari.

Mayat lelaki warga Myanmar itu ditemui pasukan penyelamat kira-kira 10 meter dari lokasi tapak asal rumah pekerja yang didiaminya bersama empat rakan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan bagi mengesan tiga lagi mangsa termasuk seorang wanita.

Katanya, operasi berdepan kesukaran kerana laluan ke lokasi kejadian terputus berikutan berlaku beberapa runtuhan kecil.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kesemua mangsa dijalankan selepas kita menerima maklumat berkaitan kejadian pada pukul 2.10 pagi.

“Mayat mangsa pertama dijumpai pada pukul 5.40 pagi tadi diikuti mayat mangsa kedua pada pukul 12.05 tengah hari. Kedua-dua mangsa adalah lelaki,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya