Mangsa banjir kelaparan, makanan tengah hari tiba 6 petang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir kelaparan, makanan tengah hari tiba 6 petang

NORLIZAH Noh meninjau PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tajul, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Pembekal makanan di setiap pusat pemindahan sementara (PPS) diingatkan supaya sentiasa menyediakan makanan mengikut masa yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norlizah Noh berkata, pihaknya menerima aduan daripada 224 mangsa daripada 67 keluarga di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tajul, dekat sini terpaksa menahan lapar lebih enam jam selepas makanan tengah hari tiba lewat, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama berkata, makanan tengah hari tiba di PPS tersebut pada pukul 6 petang.

“Usai di Sungai Rengit, saya pulang ke Kota Tinggi untuk meninjau terus keadaan di PPS SJKT Tajul. Saya dimaklumkan di PPS ini terdapat kelewatan dari segi penghantaran makanan kepada penghuni PPS. 

“Jadi, saya telah meminta Pegawai JKM yang bertugas segera menghubungi pembekal makanan dan pastikan makanan sampai dengan segera yang mungkin. 

“Alhamdulillah, setelah menghubungi pegawai JKM dan beliau memaklumkan bahawa pembekal telah menghantar 280 bungkus makanan pada pukul 6 petang untuk makanan tengah hari,” katanya dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook. 

Beliau berharap perkara tersebut tidak akan berulang kerana ramai anak kecil serta warga emas yang kelaparan di PPS akibat sifat acuh tak acuh oleh pembekal makanan. 

“Saya mohon kepada pembekal makanan di setiap PPS agar sentiasa menyediakan makanan mengikut masa yang telah ditetapkan dan makanan yang dihantar dalam keadaan baik,” katanya.

Setakat pagi tadi, Kota Tinggi masih mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi, iaitu seramai 4,707 orang membabitkan 1,289 keluarga ditempatkan di 26 PPS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya