Mangsa banjir Johor menurun, 4,942 mangsa di 36 PPS - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Johor menurun, 4,942 mangsa di 36 PPS

Jalan Kangkar Tebrau, Johor Bahru turut dinaiki air ketika hujan lebat baru-baru ini sehingga menyebabkan laluan itu ditutup sementara buat kenderaan ringan sebelum dibuka kembali beberapa jam kemudian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menurun apabila setakat pukul 9 pagi hari ini, seramai 4,942 mangsa ditempatkan di 36 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka.

Situasi itu menunjukkan penurunan mangsa berbanding seramai 5,026 mangsa di 39 buah PPS seluruh Johor, pada pukul 6 petang, semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah terkini itu melibatkan sejumlah 1,369 buah keluarga di enam daerah negeri ini.

“Kota Tinggi kekal daerah paling ramai mangsa dengan seramai 4,057 penduduk dipindahkan ke 24 buah PPS, diikuti Kluang dengan seramai 350 mangsa di tiga buah PPS.

“Manakala Johor Bahru menyaksikan seramai 336 mangsa ditempatkan di tiga PPS; Segamat seramai 95 mangsa di tiga buah PPS; Batu Pahat seramai 87 mangsa di dua buah PPS dan Pontian seramai 17 mangsa di sebuah PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azmi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor turut memberitahu, banjir yang melanda negeri ini tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa setakat ini.

“Bagaimana, Jabatan Meteorologi masih mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Empat sungai di negeri ini masih berada pada paras air berbahaya iaitu Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang; Sungai Linggiu dan Sungai Kepala Orang di Kota Tinggi serta Sungai Tenglu Kecil di Mersing,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya