Mangsa banjir Johor berkurangan, 7,613 masih di PPS - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Johor berkurangan, 7,613 masih di PPS

JALAN Kangkar Tebrau, Johor Bahru turut dinaiki air sehingga menyebabkan laluan itu ditutup sementara buat kenderaan ringan sebelum dibuka semula beberapa jam kemudian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menunjukkan penurunan apabila seramai 7,613 mangsa daripada 2,080 keluarga masih ditempatkan di 50 pusat pemindahan sementara (PPS) hingga pukul 7 malam ini.

Jumlah itu berkurangan berbanding 8,258 mangsa daripada 2,276 keluarga yang berlindung 55 buah PPS pada pukul 2 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, Batu Pahat menjadi daerah ketujuh di negeri ini yang terkesan akibat banjir yang melanda negeri sejak awal bulan lalu dengan seramai 58 mangsa daripada 19 keluarga.

“Kota Tinggi merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi di negeri ini dengan seramai 4,472 penduduk daripada 1,208 keluarga ditempatkan di 24 PPS, menurun berbanding 4,740 penduduk daripada 1,291 keluarga pada petang tadi.

“Daerah kedua terjejas akibat banjir adalah Johor Bahru dengan seramai 1,705 mangsa daripada 454 keluarga di 10 PPS yang masih dibuka,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, mangsa banjir di Kluang juga menunjukkan penurunan daripada 1,308 mangsa daripada 386 keluarga kepada 1,163 mangsa daripada 341 keluarga.

Katanya, mangsa banjir di Segamat meningkat sedikit kepada 103 penduduk daripada 29 keluarga di empat PPS, manakala mangsa banjir di Kulai membabitkan 90 penduduk daripada 24 keluarga.

“Mangsa banjir di Kulai tidak menunjukkan perubahan dengan seramai 22 penduduk daripada lima keluarga di sebuah PPS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya