Mangsa banjir di Terengganu berkurangan - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Terengganu berkurangan

ANGGOTA Pasukan Forward Medical Team (FMT) daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan pemeriksaan kesihatan mangsa banjir di PPS Kampung Shukor, Hulu Dungun, Dungun. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurangan sedikit kepada 1,057 orang daripada 307 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 1,378 orang daripada 400 keluarga pada pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, ketika ini terdapat sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Dungun.

Katanya, mangsa banjir di Dewan Serbaguna Kampung Shukor kekal tidak berubah iaitu seramai 226 orang daripada 61 keluarga manakala di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, terdapat 247 orang daripada 96 keluarga diikuti Masjid Jamek Kampung Jongok Batu (258 orang, 69 keluarga).

“Selain itu Balai Raya Rantau Panjang kekal menempatkan 107 orang daripada 27 keluarga diikuti Balai Raya Kampung Dendang (32 orang, enam keluarga) dan Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi (75 orang, 19 keluarga).

“Terdapat 69 mangsa daripada 21 keluarga di Dewan Masjid Serdang, SMK Padang Pulut (34 orang, enam keluarga) dan Dewan Serbaguna Bukit Merah (sembilan orang, dua keluarga),” katanya.

Tambahnya, situasi banjir di sebahagian lokasi di Dungun bertambah baik dan lima PPS telah ditutup tengahari tadi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengai, Dewan Orang Ramai Kampung Minda, Dewan Orang Ramai Tepus, Masjid Kampung Padang Ping dan Balairaya Kampung Pinang Baru.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada sungai yang melepasi paras bahaya setakat pukul 4 petang ini.

Bagaimanapun, empat sungai di tiga daerah masih melepasi paras berjaga-jaga.

Empat sungai itu ialah Sungai Nerus di Kampung Bukit (Setiu), Sungai Dungun di Jerangau (Dungun) serta Sungai Terengganu di Kampung Dura dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (Hulu Terengganu).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya