Mangsa banjir di Kelantan terus menurun

Mangsa banjir di Kelantan terus menurun

14 projek tebatan banjir di Pantai Timur hadapi masalah pengambilan tanah dan pengalihan utiliti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir gelombang keempat yang melanda negeri ini semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir menurun kepada 438 berbanding 557 orang petang semalam.

Jumlah itu menyaksikan penurunan mangsa sebanyak 119 orang setakat pukul 8 pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, Tanah Merah, Kuala Krai dan Pasir Puteh antara tiga jajahan yang masih lagi terjejas dengan banjir.

“Setakat ini 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif menempatkan 122 keluarga. Tanah Merah menempatkan mangsa paling ramai iaitu 325 diikuti Kuala Krai (85) dan Pasir Puteh (28),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi tahap bahaya iaitu 10.21 meter susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Kuala Besar (Kota Bharu) sert Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) melepasi tahap berjaga-jaga.

Lain-lain sungai berada pada bacaan normal.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya