Mangsa banjir di Kelantan makin bertambah

Mangsa banjir di Kelantan makin bertambah

SEORANG mangsa banjir (kanan) menjalani pemeriksaan di kesihatan selepas berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Canggai, Pasir Puteh, Kelantan-UTUSAN/TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin bertambah apabila seramai 840 mangsa dari 259 keluarga sedang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 399 orang setakat pukul 4 petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 8 pagi tadi kesemua mangsa yang terjejas ini dari empat jajahan iaitu Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Machang.

“Pasir Puteh menempatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 350 orang, diikuti Tanah Merah (246), Kuala Krai (226) dan Machang (18).

“Sehingga kini 15 PPS diaktifkan bagi menempatkan kesemua mangsa yang terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, tiga batang sungai di negeri ini iaitu Sungai Kelantan di Tanggga Krai (Kuala Krai) dan Kuala Besar (Kota Bharu) serta Sungai Golok di Kuala Jambu (Tumpat) sudah melepasi paras berjaga-jaga.

Katanya, lain-lain sungai berada pada bacaan normal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya