Mangsa banjir di Johor berkurangan - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Johor berkurangan

BANDAR Kota Tinggi masih digenangi banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus merekodkan penurunan kepada 7,122 orang daripada 1,940 keluarga yang ditempatkan di 47 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 10 pagi ini.

Jumlah itu berkurangan berbanding 7,609 mangsa daripada 2,078 keluarga yang berlindung di 50 PPS pada pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi yang terjejas teruk sebelum ini merekodkan penurunan daripada 4,470 orang daripada 1,207 penduduk kepada 4,360 orang daripada 1,174 penduduk di 24 PPS.

“Di Johor Bahru, jumlah mangsa banjir turut berkurangan setelah 402 mangsa daripada 110 keluarga pulang ke rumah masing-masing, menjadikan seramai 1,301 mangsa daripada 343 keluarga masih berada di tujuh PPS.

“Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Batu Pahat mencatatkan sedikit peningkatan kepada 83 mangsa daripada 24 keluarga berbanding 58 mangsa daripada 19 keluarga di dua PPS,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, jumlah mangsa banjir di Segamat, Kluang, Pontian dan Kulai tidak berubah sejak 8 malam tadi.

Seramai 1,163 mangsa daripada 341 keluarga direkodkan di Kluang, 103 mangsa daripada 29 keluarga di Segamat, 22 orang daripada lima PPS di Pontian dan 90 orang daripada 24 keluarga di Kulai.

“Sebanyak enam jalan di tiga daerah di negeri ini terputus hubungan dan ditutup untuk semua kenderaan disebabkan keadaan banjir ketika ini.

“Ia melibatkan Jalan Kampung Kelantan, Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Mawai Lama dan Jalan Kota Tinggi – Kluang di Kota Tinggi; Jalan Tanah Abang, Mersing dan Lingkaran Kahang Barat, Kluang,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya