Man On The Run: Najib mohon produksi dikenakan tindakan, larang siaran di Netflix - Utusan Malaysia

Man On The Run: Najib mohon produksi dikenakan tindakan, larang siaran di Netflix

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memohon Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengambil tindakan undang-undang terhadap pasukan produksi dan pengarah dokumentari, Man On The Run.

Permohonan dibuat bekas Perdana Menteri itu melalui barisan peguamnya diketuai, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menghantar surat permohonan tersebut semalam (11 Januari).

Surat sama turut dihantar secara serahan tangan kepada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pegawai Pengawal Selia, Datuk Zulkarnain Mohd. Yasin.

Sesalinan surat terbabit turut dihantar kepada Timbalan Pendaftar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dan pihak pendakwaan di Jabatan Peguam Negara.

Selain memohon agar pasukan produksi dan pengarahnya, Cassius Michael Kim dikenakan tindakan undang-undang, Najib melalui peguamnya memohon agar dokumentari itu diturunkan daripada platform penstriman itu dan dilarang daripada terus disiarkan di Netflix.

“Akhir kata, pihak kami percaya bahawa YBhg. Tuan, YBhg. Tan Sri, dan YBhg. Datuk prihatin dan mengambil maklum terhadap wujudnya keperluan untuk melindungi hak anak guam kami terhadap satu perbicaraan yang adil tanpa fitnah atau penghinaan mahkamah.

“Pernyataan-pernyataan di luar mahkamah yang bersifat prejudis dan juga menghina mahkamah yang sudah pasti berkemampuan untuk menjejaskan hak anak guam kami untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil,” kata surat terbabit.

Man On The Run adalah dokumentari mengenai skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sedang ditayangkan di platform penstriman, Netflix.

Dokumentari terbabit telah ditayangkan buat pertama kali di pawagam di Singapura pada 5 Oktober 2023 sebelum ditayangkan di pawagam tempatan pada 19 Oktober tahun lalu.

TEMU BUAL

Dokumentari itu turut memaparkan temu bual dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif The Edge, Ho Kay Tat dan bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo.

Pada 8 Januari lalu, Muhammad Shafee memaklumkan kepada  Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan berhubung dokumentari tersebut yang disifatkan sebagai sangat menghina mahkamah.

Sementara itu, Cassius dalam satu laporan media menyatakan sewaktu temu bual antara pasukan produksinya dengan Najib berhubung dokumentari terbabit, salah seorang peguam kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu, Muhammad Farhan Shafee (anak kepada Muhammad Shafee) dan pembantu Najib, Ahmad Lutfi Azhar berada sepanjang pertemuan tersebut.

Kata pengarah terbabit, setiap 30 atau 45 minit temu bual terbabit, Najib dan peguamnya, Muhammad Farhan serta Ahmad Lutfi akan memasuki bilik mesyuarat dan berbincang sesama mereka sebelum keluar untuk memberikan klarifikasi atau menambah kenyataan terhadap soalan yang ditanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya