Malaysia, Romania teroka kerjasama strategik pendidikan - Utusan Malaysia

Malaysia, Romania teroka kerjasama strategik pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Romania meneroka kerjasama strategik pendidikan melalui pemeteraian memorandum kerjasama antara dua negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, cadangan itu antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat dua hala bersama Menteri Pendidikan Romania, Ligia Deca.

Menurut beliau, Malaysia dan Romania mempunyai hubungan yang sangat akrab dan pelbagai kerjasama pendidikan telah terjalin antara universiti di kedua-dua negara sejak sekian lama.

“Bidang-bidang seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) , Mobiliti, Quality Assurance (teknologi jaminan kualiti), Kecerdasan Buatan (AI), Robotik, dan pemindahan teknologi adalah sangat relevan untuk diperhalusi.

“Kolaborasi yang bakal dirintis ini juga akan membuka peluang kepada lebih ramai penyelidik tempatan khususnya dalam kalangan pelajar pascasiswazah untuk menimba ilmu merentasi benua Eropah,” katanya menerusi satu hantaran dalam media sosial, hari ini.

Zambry menambah, antara aktiviti yang diusulkan adalah seperti mobiliti pertukaran pelajar, kajian penyelidikan, gabungan kepakaran antara universiti di Malaysia dan universiti di Romania.

“Ia seperti yang telah dilakukan antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Dunarea de Jos University of Galati (DJUG) Romania serta beberapa kerjasama lain sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya