Malaysia perlu ada dua atau tiga kali ganda pakar kanser

Malaysia perlu ada dua atau tiga kali ganda pakar kanser

SHARIFA EZAT WAN PUTEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah pakar onkologi perlu ditambah sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda kerana bidang yang berbeza memerlukan pakar yang mahir untuk merawat penyakit kanser di negara ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, pusat-pusat onkologi juga tidak banyak dan tidak semua hospital mempunyai pakar onkologi, malah untuk pakar kanser kanak-kanak, bilangan ini semakin rendah.

Pada tahun 2020, kenyataan Kementerian Kesihatan hanya ada 117 pakar onkologi sedia ada, sedangkan Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 300 pakar onkologi berdasarkan kepada kes-kes kanser yang diterima.

“Daripada 117 tersebut, 68 orang pakar berada di hospital swasta, 35 di hospital kerajaan dan 14 lagi di hospital pengajar universiti. Setiap tahun anggaran pakar onkologi yang keluar adalah antara 12 hingga 15 tahun,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Sharifa Ezat berkata, nisbah pakar kita sekarang adalah pada kadar 3.7 pakar onkologi untuk sejuta penduduk jika dibandingkan negara Amerika yang mempunyai 161 pakar onlologi bagi sejuta penduduk.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, risiko rakyat Malaysia mendapat kanser dijangka bertambah dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akandatang berbanding ketika ini sekali gus berkemungkinan menyaksikan peningkatan drastik kes kanser dalam tempoh tersebut.

Seramai 237,553 pesakit yang direkodkan dari 2012 hingga 2022 dengan sejumlah 127,252 kematian dalam tempoh sama.

Kadar kematian kasar dalam tempoh tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 56.5 peratus iaitu dari 31.3 kematian bagi setiap 100,000 penduduk pada 2012 kepada 49.0 kematian bagi setiap 100,000 penduduk pada 2021.

Dalam pada itu, pensyarah dan pakar pemakanan, Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Kesihatan (UKM), Dr Mohd Razif Shahril berkata, tiada makanan khusus yang dapat menyembuhkan kanser dan tiada makanan spesifik yang perlu dielakkan keseluruhan jika menghidap kanser.

“Makanan yang perlu dihadkan ialah makanan segera, makanan proses, makanan dalam tin, makanan ringan, makanan dalam pek dan pelbagai lagi.

“Oleh hal yang demikian, anda disarankan sentiasa mengambil pelbagai jenis makanan yang seimbang dan memenuhi keperluan nutrien,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya