MAINJ sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

MAINJ sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir

MOHD. FARED Mohd. Khalid (kanan) menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Kampung Maju Jaya, Jalan Kempas Lama, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyampaikan sumbangan sebanyak RM300,000 bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, daripada jumlah tersebut, RM100,000 disumbangkan terus kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

“Baki RM200,000 lagi disumbangkan kepada 10 pejabat daerah dengan setiap daerah menerima RM20,000.

“Semoga Allah melindungi negeri Johor daripada sebarang musibah dan bencana,” katanya selepas melawat beberapa buah pusat pemindahan sementara (PPS), di sini.

Setakat pukul 9 pagi ini, Johor merekodkan seramai 7,324 mangsa yang ditempatkan di 49 PPS di enam daerah yang terjejas, iaitu Kota Tinggi, Kluang, Johor Bahru, Kulai, Segamat dan Pontian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya