Macam pesta nak tengok buaya dalam tali air

Macam pesta nak tengok buaya dalam tali air

TANGKAP layar anak buaya menerkam joran dalam tali air di Benteng Parit Londang, Batu Pahat Johor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Penduduk di Parit Londang di Batu Pahat terkejut selepas mendapati dua ekor anak buaya ditemui di dalam tali air berdekatan kediaman penduduk di situ. 

Penemuan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Roslin di Rizab 1 benteng Parit Londang  menggemparkan penduduk sehingga menjadikan kawasan itu seperti pesta, malam tadi. 

Menurut Roslin, dianggarkan dua ekor anak buaya ada di dalam tali air dan ini adalah kali pertama ditemui serta dilihat agak ganas dan dalam keadaan lapar. 

“Susulan itu, orang ramai yang gemar menjalankan aktiviti memancing di tali air ini diharapkan tidak terlalu dekat dengan tebing dan sentiasa berhati-hati,” katanya. 

Melalui dua video berdurasi 30 saat dan 52 saat yang dimuat naik dalam akaun Facebook Batu Pahat Sana Sini itu menunjukkan anak buaya berkenaan timbul untuk menerkam joran yang mengocak air di tali air berkenaan. 

“Esok pukul 8.30 pagi buaya itu akan timbul lagi, siapa nak tengok boleh datang ke Rizab 1 di benteng Parit Londang di Batu Pahat ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya