Lokasi tanah runtuh bukan di bawah seliaan JKR - Utusan Malaysia

Lokasi tanah runtuh bukan di bawah seliaan JKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lokasi kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku pada awal pagi tadi di Cameron Highlands bukan berada di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu hasil semakan pihaknya dengan JKR terhadap kejadian berlaku melibatkan sebuah rumah di Batu 59, Kg. Raja.

Bagaimanapun, katanya, JKR turut membantu operasi terutama dalam kerja-kerja pembersihan tanah runtuh di laluan masuk kawasan kejadian bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa membabitkan bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“JKR akan terus memantau situasi dan bersedia untuk menyalurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan di dalam kapasiti jabatan ini.

“Saya ingin menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama,” katanya dalam kenyataan di laman sosial.

Terdahulu, media melaporkan, seorang lelaki maut manakala empat lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam insiden tanah runtuh itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani dilapor berkata, berdasarkan maklumat awal, terdapat tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa masih berada dalam kawasan runtuhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya