LKTN rampas 21 tan daun tembakau virginia 

LKTN rampas 21 tan daun tembakau virginia 

ZAILANI Hashim (kanan) menunjukkan daun tembakau jenis virginia yang dirampas semasa sidang media di Ibu Pejabat LKTN, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) merampas 21 tan daun tembakau jenis virginia dalam serbuan di sebuah premis di Pengkalan Lahat, Ipoh, Perak pada 3 Januari lalu.

Rampasan bernilai RM650,000 itu hasil kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas LKTN melakukan intipan selama seminggu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Kementerian Perladangan dan Komuniti Datuk Zailani Hashim berkata, rampasan itu merupakan kejayaan terbesar yang pernah direkodkan oleh agensi berkenaan.

“Pada 2022 kita berjaya melakukan rampasan tembakau bernilai RM111,421.74 manakala tahun lalu RM291,133.75.

“Siasatan awal mendapati tembakau yang sudah diawet itu dibawa masuk dari negara jiran melalui kawasan utara tanah air,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat LKTN di Kubang Kerian, di sini hari ini.

Zailani memberitahu, LKTN tidak menolak kemungkinan tembakau itu akan diedarkan secara tidak sah kepada pengilang-pengilang tempatan yang ada di negara ini.

Katanya, tembakau jenis virginia ini mempunyai permintaan tinggi di pasaran disebabkan oleh kualiti. 

“Harga pasaran tembakau jenis ini dipasaran bernilai RM30 sekilogram (Kg). Semasa serbuan dilakukan, seorang lelaki berusia 40-an yang merupakan pemilik premis telah tampil.

“Siasatan turut mendapati premis tersebut dijadikan sebagai transit sementara sebelum bahan mentah itu diedarkan secara tidak sah,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 51 (1) Akta LKTN 2009 (Akta 692).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya